Rumah Baru Plaster Ceiling

Setiap rumah idaman mesti mendambakan keindahan interior rumah dgn penambahan plaster ceiling. Sekaligus menampakkan kemodenan rumah dan seri di ruang tamu mahupun dinner area.

Nak dijadikan cerita sy dan isteri alhamdulillah jumpa dengan kontraktor yg boleh buat plaster ceiling dgn harga yg murah.. Tanya kontraktor lain, rata2 bg area 8k.. tp die bg hnya 5k..termasuk kos lampu!!! Gila beza harga kn,..so dari sini kita tahu mne kontraktor yg cekik darah dan jujur.



Proses membuat plaster ceiling pon bermula dgn pemasangan tiang2 konkrit utk menjadikan ia kukuh, selamat dan tahan lasak..Snapshot di ambil semasa pemasangan di buat..


Hasil pemasangan di ruang tamu...lampu gabungan putih dan kuning utk mendapatkan cahaya yg cerah dan elegan..



Hasil di dining table..Alhamdulillah complete..semua ok dgn remote control pon ada...Harga pon murah.. :)

Ubahsuai Dapur Rumah Baru

Rumah Pertamaku...~~

Bosan2 duk rumah ni..tetibe terasa nak tulis blog psl rumah baru yg akan sy masuk tahun dpn..Beli rumah ni tahun 2015..dlm contruction lg..harga time tu rm448k..teres dua tingkat..agak besar juga..ni pon jenuh survey cari rumah plg value time tu, besar tpi hrga kurg 500k..saiz 22x92 kaki... 4 bilik, 3 bilik air...
Camnila ilustrasi rumah terbabit...Cadangan utama adalah nak ubahsuai dapur, pasang plaster ceiling dan kitchen kabinet... :)

Macam ni la ilustrasi artis masa tu...hiihi

Rumah ni betul2 dekat dgn nilai wholesale..suke la bini sy..lebih2 dpn tu nk buat aeon shopping complex..dkt juga dgn nilai impian, sime darby tu..mula2 nak beli yg tu, tp harga die 450k, dpt 20x70 kaki jer...huuhu

Tpi pada sy utk duduk dan investment mmg berbaloi..sbb dkt dgn highway PLUS, KLIA, Sepang, dan byk future investment kat sini nanti..

First nak masuk rumah ni..mmg byk pakai duit...kenapa?
Sini sy listkan satu2 benda yg kite perlu buat..

1. Grill (kos sekitar 4.5k, utk rumah teres 2 tingkat)
2. Kipas (brand elmark, deka, sekitar rm220 x 8 buah)
3. Kipas utk ruang tamu (KDK, panasonic rm450 1 buah)
4. Lampu (rm20 sebuah, pakai mmg byk)
5. Bilik air (hos, pili air)
6. Buka akaun tnb dan air (dlm rm800)

bykkn..ni secara am shj..sbnrnye lg byk kena sediakan..

tapi klu ada extra money, better terus buat renovation dapur.. selalu dapur yg sedia ada mmg kecil..jadi sy plan utk buat wet dan dry kitchen asing2..di jadikan cerita, blkg rumah sy ada extra 20 kaki lgi..

ni rumah sy yg dah siap pada April 2016..



Taman permainan juga disediakan..pinjam gmbr dr property guru
Ni rumah saya dr bahagian depan...wee...dah siap..!!

Taman desa seringin yg terletak di Nilai 3...



Misi sekarang ialah mencari kontraktor yg boleh di percayai utk renovation dapur...Al maklumlah skrg byk kes kontraktor lari stgh jalan..huhu..tak caye anda try search google,..terlalu byk sgt kes..ade yg lari, ade yg kerja separuh jln, ade yg kerja ntah pahape..mcm2..duit kite die dh kebas,...sok2...

Setelah seminggu survey, jumpa jugala kontraktor melayu ni, sgt boleh dipercayai..sy siap survey lgi semua kerja yg die buat..mmg 100% siap, 100% kemas.. 15 tahun pgalaman tue...

Harga die? pada sy amat berpatutan..org lain letak 55k utk renovate dapur sy, die bg 40k shj..complete die terangkan dgn ada plaster ceiling pakej lgi.. lampu die byrkn die kata lgi..lantai semua tiles...wah terbaikkn..mcm harga sblm GST..hihi..alhamdulillah..


Akhirnye setelah setuju semua, kerja pon mula dijlnkan..dan kontraktor ni mmg jujur, die ambil duit bila die nak beli brg shj..tak minta sedepuk mcm kontraktor lain...terbaikkn..

Ni antara gambar dlm progress sementara kerja dijlnkn..

kerja2 piling sedang dilakukan..rod yg die gunakan yg besar, utk tahan lama katanye..harga sama..yg pnting die kata org puas hati dgn kerja die...


dah mula naik tembok lepas piling siap....


kerja2 naik tembuk terus dilakukan... simen lantai dan pasang tiles selepas semua kering,.


dah siap naik tembok, nak pasang roofing works..ni gmbr bilik baru yg sy tmbh..sy buat 1 tingkap kecil utk pgudaraan..


sementara tggu simen semua kering, diorg buat plaster ceiling di ruang tamu dan dry kitchen sy dulu...:)


ni keadaan dapur baru sy..ada tingkap 3 kecil ala omputih gitu..hihi..pintu belakang sy letak tgh2..

Alhamdulillah..sekarang kerja sudah memasuki 50% on building completion, 40% on plaster ceiling completion.

Ni rupa dapur sy dgn tiang beam yg telah siap di pasang..



Yang ni rupa plaster ceiling sy di bhgian ruang tamu...





02 November 2016 - Latest update dari kontraktor..
Alhamdulillah progress is like being promised before. Pagar dan grill dah mula dimasukkan.. Finishing konkrit dh hampir siap, table top hampir siap.. :)




Ni rupa table top yg hampir siap..lepas ni masukkan kabinet dapur..Batu permata yg kat dinding tu free gift dari kontraktor.. :)




Finishing di belakang dapur..sgt kemas kerjanya.. :)



Grill "double S" yg dipilih...kemas dan teratur kerjanya.. Alhamdulillah..Bkn semua kontraktor melayu haprak yer..!!!








Search Link:
Ubahsuai dapur di nilai
Kontraktor kabinet kitchen
Ubahsuai rumah di nilai
tambah dapur
kos tambah dapur
kos kabinet dapur, cabinet kitchen
Kontraktor di nilai
Pasang grill di nilai
Kitchen renovation
Kitchen extension
kos masuk rumah baru










































10 Tips Pelaburan Hartanah 2016


Ringkasan 10 tips pelaburan hartanah 2015 daripada saya, di sekitar KL, Selangor dan Johor. Yang nak membeli hartanah dalam 2016 wajib baca!

Tips pertama
Cari hartanah berdekatan minimum dua pemangkin (booster) hartanah seperti MRT / LRT, bangunan pejabat baru, lebuhraya dan institut pengajian baru (universiti atau sekolah antarabangsa).
MRT / LRT.. rasanya semua orang tau kenapa. Kalau tempat tinggal dan ofis berdekatan stesen pengangkutan awam ni, kereta tak lagi diperlukan untuk ke tempat kerja. Dengan DBKL bercadang untuk mengurangkan bilangan tapak letak kereta di bandaraya KL, dah boleh nampak trend di mana semakin lama, kenderaan sendiri semakin tidak digalakkan digunakan di Lembah Klang.
Bangunan pejabat baru menjadi lokasi tempat kerja untuk ramai orang, sekaligus meningkatkan permintaan hartanah di kawasan tersebut. MNC yang dibuka di bangunan pejabat tersebut membawa penyewa yang mampu membayar sewa yang lebih premium.
Lebuhraya baru menambahkan akses ke kawasan tersebut. Universiti membawa banyak pelajar ke kawasan tersebut manakala sekolah antarabangsa membawa mereka yang berpendapatan tinggi untuk menetap di kawasan tersebut supaya anak mereka boleh mendapat pendidikan yang bagus.

Tips Kedua
Beli hartanah yang murah dalam kawasan yang mahal, kecuali perumahan kos rendah. Lebih ramai mampu untuk membeli hartnah ini (permintaan tinggi) dan sewa lebih murah berbanding hartanah mahal di kawasan tersebut. Elakkan membeli hartanah yang mempunyai harga luar biasa di sesuatu kawasan.
Cara nak cari hartanah macam ni ialah dengan mengetahui purata harga hartanah di kawasan tersebut. Bila dah tau purata harga, bolehlah beli hartanah yang lebih murah daripada purata harga.

Tips Ketiga
Kadar sewa mestilah sama atau lebih daripada bayaran ansuran bulanan untuk loan 30 tahun. Yes, memang kita biasa ambil loan dengan tempoh maksimum 30 tahun, tapi kalau nak selamat, kira berdasarkan tempoh loan 30 tahun.

Tips Keempat
Harga hartanah berada dalam kategori mampu milik.

Tips Kelima
Cari hartanah yang mempunyai potensi sewa yang bagus dan potensi kenaikan nilai yang tinggi.
Contoh, rumah kos rendah di kawasan bagus mempunyai potensi kadar sewa yang bagus tetapi tidak pada potensi kenaikan nilai kerana hanya mereka yang berada di bawah paras pendapatan tertentu sahaja boleh membeli hartanah ini.
Manakala hartanah baru / under construction yang dipasarkan pada yang tak masuk akal mungkin mempunyai potensi untuk kenaikan harga, tetapi tidak untuk sewa.

Tips Keenam
Lokasi sahaja sudah tidak memadai untuk mencari hartanah yang bagus. Harga, permintaan dan jenis hartanah memainkan peranan penting dalam pelaburan hartanah.

Tips Ketujuh
Jangan hanya dengar cakap orang tentang sesuatu hartanah. Buat kajian anda sendiri terlebih dahulu sebelum membeli!

Tips Kelapan
Sekiranya ingin melabur dalam hartanah baru / under construction, pastikan anda lihat pada track record pemaju tersebut terlebih dahulu.

Tips Kesembilan
Mengetahui apa yang perlu dibuat selepas membeli hartanah sama penting dengan mengetahui apa yang perlu di beli dan di mana.

Sebab Kesepuluh
Secara peribadi, saya berpendapat 2016 adalah tahun yang sesuai untuk membeli hartanah untuk kediaman sendiri kerana tahun ini pasaran hartanah tidaklah segila beberapa tahun sebelum ini. Tahun ini boleh dikatakan sebagai ‘buyer’s market’ kerana bilangan pembeli tidak terlalu ramai.

Jom tgk website2 ni..mgkin berguna juga utk anda..:

http://pelaburanhartanahtanpamodal.com/

http://www.usahawan.com/pelaburan/pelaburan-hartanah.html

http://gilahartanah.com/4-strategi-pelaburan-hartanah-yang-jana-banyak-untung-yang-pelabur-baru-patut-tahu/

http://www.thevocket.com/tips-dari-makan-gaji-ke-pelabur-hartanah/

http://wahiabdrashid.com/category/pelaburan-hartanah

http://panduanpercuma.info/petua-tips/3549/7-keburukan-pelaburan-hartanah-yang-perlu-anda-tahu/




Rumah Baru Plaster Ceiling

Setiap rumah idaman mesti mendambakan keindahan interior rumah dgn penambahan plaster ceiling. Sekaligus menampakkan kemodenan rumah dan ser...